Ciri-ciri Kad Jemputan Digital

Setiap pakej Inviting2u.com merangkumi RSVP, arah ke lokasi, buku ucapan dan muzik latar YouTube. Standard (Signature) dan Premium (Keepsake) juga merangkumi muat naik audio peribadi sehingga 7 MB.

Senarai penuh ciri

Pautan Tersuai

Kad anda mempunyai pautan sendiri, contohnya inviting2u.com/adam-dan-hawa, yang mudah ditaip, disebut dan dikongsi dalam mesej WhatsApp.

Borang RSVP

Tetamu mengesahkan kehadiran dan bilangan orang terus daripada kad. Setiap jawapan masuk ke papan pemuka anda bersama jumlah pax untuk rujukan katerer.

Google Maps

Butang Google Maps dan Waze membawa tetamu terus ke pin lokasi majlis, jadi mereka tidak perlu mencari alamat sendiri.

Hubungan WhatsApp

Senaraikan sehingga enam wakil keluarga. Tetamu boleh terus menelefon atau menghantar mesej WhatsApp untuk bertanyakan arah atau sebarang soalan pada saat akhir.

Peringatan Kalendar

Tetamu boleh menyimpan tarikh ke Google Calendar, Apple Calendar atau Outlook lengkap dengan masa dan lokasi, supaya mereka tidak terlupa hari majlis.

Galeri Foto

Kongsikan gambar praperkahwinan atau gambar keluarga dalam galeri yang boleh dileret dan dibuka skrin penuh pada telefon tetamu.

Muzik Latar

Semua pakej menyediakan muzik latar daripada YouTube. Tetapkan bahagian lagu yang dimainkan apabila tetamu membuka kad.

Buku Ucapan

Tetamu menulis ucapan dan doa yang boleh dibaca serta disukai oleh semua. Ucapan yang tidak sesuai boleh dilaporkan dan disemak oleh pasukan kami.

Penyesuaian Lapisan

Ubah nama, tarikh, ayat jemputan dan teks lain pada kad melalui papan pemuka ahli, kemudian lihat hasilnya sebelum diterbitkan.

Muat Turun Kod QR

Muat turun kod QR pautan kad anda untuk dicetak pada tag cenderahati, papan selamat datang atau kad kecil untuk saudara yang lebih berusia.

Hadiah Wang

Tetamu boleh memberi salam kaut dengan mengimbas DuitNow QR atau menyalin nombor akaun bank anda, tanpa perlu sampul duit.

Sokongan Keutamaan

Pasukan kami sedia membantu melalui WhatsApp atau e-mel semasa anda menyediakan, mengubah dan berkongsi kad.

Fon Tersuai

Pilih daripada fon skrip, serif dan moden, termasuk fon Arab untuk doa dan ayat suci, supaya kad sepadan dengan tema majlis.

Kedudukan Lanjutan

Saiz, jarak dan kedudukan teks pada muka depan kad boleh dilaraskan supaya nama yang panjang tetap kemas pada skrin telefon.

Eksport RSVP

Muat turun semua jawapan RSVP sebagai fail CSV yang boleh dibuka dalam Excel atau Google Sheets, lengkap dengan nama, nombor telefon, pax dan mesej.

Papan Pemuka Analitik

Lihat berapa kali kad anda dibuka, termasuk paparan harian bagi 30 hari lepas, supaya anda tahu pautan sampai kepada tetamu.

Sokongan Zoom

Tambah pautan Zoom supaya saudara yang jauh dapat menyertai akad nikah atau majlis secara dalam talian.

Muat Naik Audio Peribadi

Pakej Standard (Signature) dan Premium (Keepsake) membolehkan muat naik audio peribadi sehingga 7 MB dengan pengesahan hak cipta. Fail Standard disimpan selama 365 hari; Premium seumur hidup.

Pilih tempoh kad anda kekal dalam talian

Lihat harga